View Full Version: Imam mahdi..

kptm >>Laman Nurani >>Imam mahdi..


<< Prev | Next >>

Mr. Mistary- 10-15-2005
Imam mahdi..
sesapa ada fakta or tau mngenai Imam mahdi bleh berkongsi bersama.. sy just penah dgr yg imam mahdi nie ada kaitan dgn tanda2 besar hari kiamat yg 'dia' akan hadir. tapi, sy tertarik n nak tahu lebih detail..please.

adezurna- 12-05-2005

entah la saya tak berapa tahu pasal imam mahdi tapi "dia" akan muncul pabila dunia akan kiamat..dan dimana Islam memperolehi kemenangan yang besar dalam perang dengan kafir...

mortiis06- 03-26-2006

imam mahdi ni akan hadir dulu sebelum tanda2 besar kiamat yang lain (turun nabi isa, kluar dajal, kluar binatang dari bumi, matahari terbit dari arah dia tenggelam)... imam mahdi muncul pada zaman dimana dunia penuh kucar kacir, zina di merata2 ,manusia hidup dengan penuh kekacauan, dan dalam kekucar-kaciran itu, dunia mengharapkan seorang pemimpin yang boleh memimpin mereka ke arah kedamaian dunia semula mereka kembali mencari agama... dan turunnya imam mahdi sebagai pemimpin dunia... imam mahdi diriwayatkan bernama sama seperti nama nabi kita Muhammad s.a.w. beliau sendiri tidak mengetahui yang beliau adalah imam mahdi... beliau mula memerintah kawasan kecil dengan penuh bijaksana... akhirnya masyarakat dunia kagum dengan beliau... setelah banyak kejayaan yang beliau perolehi, akhirnya masyarakat dunia mengiktiraf beliau sebagai imam mahdi... beliau dilantik menjadi pemimpin dunia... beliau memerintah dunia dengan undang2 islam... dalam tempoh pemerintahannya, dunia sangat aman sehinggakan tiada langsung kekacauan... keadaan ini berkekalan sehingga beberapa tahun... sehinggalah dajjal al-masih dilepaskan dari kurungan Allah... dan bermulalah zaman pemerintahan dajjal...

izudin85- 03-26-2006

Kemudian dajjal dihapuskan oleh Imam Mahdi bersama nabi Isa...namun ada yg mmpertikaikan kemunculan nabi Isa kerana hakikat org mati tidak mungkin hidup semula...tetapi bukankah nabi Isa belum mati? Hanya dia digantikan dgn org lain swaktu ingin dibunuh oleh kafir... Satu lagi, bukankah nama Imam Mahdi itu adalah Imam Mahdi? Bukan nama lain..entah la..

mortiis06- 03-28-2006

x saudara, imam mahdi tu hanyalah gelaran dia... dia ada nama sendiri... cerita selanjutnya... dalam pemerintahan dajjal al-masih, dia mewujudkan syurga dan neraka... syurga dia adalah neraka bagi orang2 mukmin, neraka dia pula adalah syurga orang mukmin... jikalau kita sempat hidup pada zaman tersebut, dan kita disuruh pilih oleh dajjal samaada untuk turun ke dalam sungai yang berapi marak dan sungai yang mengalir sejuk, hendaklah kita pilih sungai yang apinya menyala marak... dipendekkan cerita, setelah bertahun2 zaman pemerintahan dajjal, umat islam hanyalah tinggal beberapa kerat bersama imam mahdi... (untuk pengetahuan, dajjal tidak dapat memasuki kota mekah dan madinah kerana kedua kota itu dilindungi oleh dua malaikat...) imam mahdi dikejar dan akhirnya dikepung di sebuah bukit berhampiran madinah (sori, dah lupa nama bukit 2..) setelah beberapa ketika umat islam yang dipimpin imam mahdi bersembunyi di bukit berkenaan, barulah di turunkan nabi Isa a.s. Pada suatu subuh, ketika iqamah sedang dilaungkan untuk mendirikan solat, nabi isa turun dikalangan mereka... imam mahdi mempersilakan nabi isa untuk mengimami solat mereka... tetapi nabi isa menolak dengan mengatakan, "pemimpin adalah dikalangan kamu sendiri..." kemudian, imam mahdi mengimami solat mereka... sesudah solat, nabi isa bertanya kepada umat islam yang tinggal, "mahukah kamu Allah menurunkan bala ke atas dajjal dan pengikutnya, atau kamu mahu kita sendiri yang menghancurkannya??" lalu umat islam sebulat suara mengatakan mereka ingin menghancurkan sendiri dajjal dan pengikutnya dengan tangan sendiri... rupa2nya dajjal sudah mengetahui tentang turunnya nabi isa... lalu dia mengarahkan pengikutnya mengambil wuduk dan mendirikan sembahyang... begitulah takutnya dajjal kepada nabi Allah isa a.s. pengikutnya mulai pelik dengan arahan dajjal... lalu apabila nabi isa bersama umat islam turun dari bukit persembunyian mereka, dajjal mulai menggigil... dan berkata kepada nabi isa, wahai isa, kami telah pun menunaikan solat subuh... namun isa terus mara dan umat islam membunuh satu demi satu pengikut dajjal... mereka melarikan diri lintang pukang untuk menyelamatkan diri... mereka bersembunyi di sebalik tinggalan bangunan dan pokok.. sehinggakan pokok2 pun berkata kepada kaum mukmin, "wahai orang mukmin, di belakang ku ini ada orang yahudi, tangkaplah ia dan bunuhlah ia..." dan akhirnya dajjal dibunuh oleh nabi isa... kemudian dunia kembali aman di bawah pemerintahan nabi isa... islam menjadi cara hidup masyarakat dunia... begitulah seterusnya... ada yang mengatakan nabi isa berkuasa selama 7 tahun dan ada juga yang mengatakan selama 40 tahun... walau apa pun sebenarnya masih sama, kerana sebelum nabi isa di angkat ke langit, ia telahpun berkuasa selama 33 tahun... p/s...ini lah serba sedikit yang saya tahu tentang imam mahdi dan nabi isa... di harap segala kesalahan saya ditegur dan dibetulkan serta kekurangan saya diperbaiki.... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu juga datang dari Allah, tetapi di atas kelemahan diri saya sendiri...

izudin85- 03-28-2006

Terima kasih atas cerita itu.. saya sendiri kurang tahu... kemudian,bagaimana pula berlakunya kiamat? Rasanya begini... selepas kehancuran dajjal...Islam bangkit sebagai kuasa dunia yg baru...dan itu adalah kebangkitan terakhir seblum dunia kembali dikuasai oleh kafir dan kemungkaran kembali bermaharajalela... Saudara, Saya pernah mndpt tahu... zaman ini dianggap sbg zaman sblum kemunculan dajjal... dan kita sedang bergerak ke arah itu... benarkah begitu? pandangan anda?

adezurna- 03-28-2006

memang skrg nie dunia menuju kearah zaman dajjal, ini kita dapat saksikan dimana penzinaan berlaku dengan sewenang2nya dimana mereka tidak takut akan Allah swt...maka dunia ini telah hampir ke ahir zaman dimana kiamat akan tiba tanpa kita tahu bila ia akan terjadi... hmm saudara mortis dapat kat ner petikan tentang imam mahdi tue??? baru2 nie saya ada bertanya tentang imam mahdi kepada seorang ustaz dari jabatan agama islam selangor dan beliau menerangkan bahawa imam mahdi dan nabi Isa a.s adalah orang yang sama dimana mahdi dalam bahasa arab bermaksud "penunjuk" dan imam mahdi bermaksud "pemberi penunjuk", mana satu yang betul????

mortiis06- 03-29-2006

lain saudara... imam mahdi adalah pembantu nabi isa... saya dapat smua 2 dari sebuah buku yang bertajuk "kiamat dan akhir zaman" (kalau x silap saya lah... lagipun buku 2 ada kat umah, tapi sekarang saya kat hostel) dalam buku 2 dinyatakan dengan tepat beserta dengan hadith2 dan dalil al-quran yang nyata... boleh saya tahu tentang saudara ustaz dari jabatan agama islam selangor 2? berkenanan dengan kiamat itu pula, kiamat bukan berlaku ketika manusia dalam kekafiran... tetapi kiamat berlaku ketika kegemilangan islam... begitu juga nabi muhammad s.a.w. yang wafat bukan pada kejatuhan islam, tetapi sebaliknya wafat ketika islam sudah sempurna... (hero menang last) ketika zaman nabi isa, muncul pula makhluk dari dalam tanah... kerana kajahatan makhluk ini pada suatu masa dahulu, makhluk ini dikurung oleh iskandar zulkarnain... sampai sekarang makhluk ini sedang berusaha untuk keluar dari tanah... mereka akan terus manggali sehingga mereka penat... dan apabila mereka ternampak cayaha, mereka akan berkata, "kita sudah hampir berjaya... marilah kita pulang dan berehat... esok kita kembali mengorek lubang ini sehingga kita keluar..." yang lain pun menyambut, "ye... marilah kita pulang berehat dahulu..." lalu mereka kembali ke tempat mereka dengan harapan esok mereka akan keluar dari dalam tanah tersebut... tetapi apabila mereka pulang, Allah akan menutup semula lubang yang mereka telah korek dari mula tadi... dan begitulah yang terjadi setiap hari (termasuk hari ini)... diriwayatkan juga, setiap kali azan dilaungkan, lubang itu akan tertutup semula.... sehinggalah suatu hari yang tidak kedengaran azan, lubang itu akan terbiar, dan apabila mereka kembali ke lubang tersebut, mereka terus keluar dan memusnahkan segala2nya di bumi... kemudian mereka memanah ke langit, dan dengan izin Allah, anak2 panah mereka jatuh semula ke bumi dengan kesan darah yang masih mengalir... lalu mereka dengan bongkaknya berkata, "lihatlah dunia, kami telah membunuh penduduk bumi dan langit..." dan seketika kemudian Allah menurunkan ulat2 untuk menghapuskan makhluk berkenaan... (maaf... saya terlupa cerita selanjutnya... insyaAllah kalau dizinkan Allah, lepas saya semak balik buku 2, saya sambung lagi cerita ni... kalau ada kekurangan dan kesalahan, saya mintak maaf dulu... saya hanya menyampaikan apa yang saya baca dengan harapan pengajaran dari cerita ini kita dapat kongsi bersama...)

neo_skywalker- 03-29-2006

Dalam buku bertajuk "Dajjal Akan Muncul Dari Segi Tiga Bermuda: oleh Muhammad Isa Dawud, ada cerita tentang seorang sahabat nabi (sori..terlupa nama dia..) ada berjumpa dajjal di satu pulau di laut yaman... dlm buku tu jugak ada kata dajjal dah terlepas dari belenggunya selepas Nabi Muhammad S.A.W. wafat...wallahua'lam..

izudin85- 03-29-2006

cuba ceritakan pula kaitan antara kerajaan laut yg berpangkalan di segitiga bermuda... yakjuk makjud...

mortiis06- 03-30-2006

ehm? bukan saudara... yakjuk makjud adalah makhluk dalam tanah yang saya ceritakan di atas... dibawah ini saya sertakan pandangan sains dan barat tentang yakjuk dan makjud... "Yakjuj Wal-Makjuj......... Message: EVIL MOLE PEOPLE FOUND IN WYOMING Mutant creatures are fast. They've got long, sharp claws. Their tunnels are littered with books on making nuclear bombs . . . and they HATE AMERICANS! University of Wyoming geologists claim to have found a race of super- intelligent "mole people" living in caves, holes, lairs and tunnels under the Bighorn Mountains. But unlike their finger-sized animal cousins, the mutant creatures stand 6 feet tall, walk upright on two legs and seem to be at least part human. Not only that, say the experts, they're extremely dangerous, too. Because not only do they speak and read English with surprising fluency, but their lairs are littered with books and manuals on waging biological warfare and making crude nuclear weapons -- and they hate Americans. "The war on terror just got tougher," says a senior source at the Office of Homeland Security in Washington. "Having Al Qaeda and Islamic Jihad running around trying to cause havoc was bad enough. But now we're looking at a domestic threat that would seem to be at least as dangerous. "And if they're reading those books on biological agents and nukes for more than entertainment, the threat could be far worse." The discovery of the hateful creatures late last summer is only now coming to light after documents describing the mole people, their habitat and their surprising intelligence are finally being leaked to the press. According to an FBI assessment based on extensive interviews with the experts who found the "mole culture," the civilization appears to be quite evolved and may have been established hundreds or even thousands of years ago after a cataclysmic mutation of humans, moles or both. The first evidence to suggest something wasn't quite right in the Bighorn range just south of Sheridan in north-central Wyoming, was, in the words of the FBI report, "pretty damn scary." The document states that the university geologists -- whose names were censored in leaked documents -- "came face-to-face with two furry gray 'mole men' that burrowed up out of the ground and confronted them in what they termed an ambush." The creatures reportedly cursed them in English and mumbled something that sounded like "another 9/11" and "we'll fix Rumsfeld" before one of them lashed out with long, sharp claws, opening a substantial wound on a professor's stomach. "The mole men fled into a nearby hole that turned out to be part of an elaborate configuration of tunnels, burrows and lairs, all of which connect to a network of caves that lead deeper into the earth, perhaps to a vast open 'theater' where the mole people actually live," says an FBI source. "The tunnel and cave network appears to be of one use only -- getting the mole people to the surface unseen, and also giving them a ready means of escape." One of the more chilling discoveries associated with the strange creatures, says the FBI source, was a well-worn and dog-eared manual that explains how to convert simple weapons like shotguns into terror-ready grenade launchers. Even more frightening were several books that tell amateurs how to manufacture suitcase-sized "dirty" nuclear bombs with a few sticks of dynamite and radioactive waste stolen from power plants or dumps. Oddly enough, mole people, like moles themselves, appear to suffer from acute near-sightedness. But the FBI source says the creatures compensate with thick spectacles and oversized magnifying glasses, both of which were found hanging from pegs in the tunnels, ready for use. believe it or not..........better believe it... this is the race that have been caged in a mountain long time ago by iskandar zulkarnain.....this race now revive and will spread in this world in no time........we as a muslim better prepare for the mass destruction or else..."

mortiis06- 03-30-2006

berkenaan dajjal... ada 2 dalil berbeza yang cukup kuat mengatakan tentang dajjal al-masih... 1.cerita sahabat nabi yang bertemu dengan dajjal di pulau di laut yaman 2.sumpah saidina omar tentang seorang budak lelaki (aku bersumpah dengan nama Allah, budak ini adalah dajjal) dihadapan rasulullah, tetapi rasulullah mendiamkannya... cerita pertama... (mintak maaf... cerita ini adalah berpandukan hadith... saya x hafal keseluruhan hadith ni, jadi saya akan ringkaskan apa yang saya ingat, dan saya x akan tambah ape2 dalam cerita ni... segala kekurangan harap dimaafkan) pada suatu ketika di zaman rasulullah, seorang sahabat nabi bertemu (samaada isteri atau anak rasulullah, saya x ingat), lalu berkata "ceritakan kepadaku tentang hadith yang kamu dengar terus daripada rasulullah s.a.w., lalu (isteri @ anak nabi) ini menceritakan, di suatu petang, nabi naik ke mimbar untuk berkhutbah... khutbahnya adalah seperti ini, "aku telah menceritakan kepada kamu tentang dajjal al-masih, pada hari ini, aku akan menceritakan lagi tentang dajjal yang akan muncul suatu hari nanti dikalangan umatku... seorang sahabat yang baru pulang dari pelayaran bertemu dengan aku, "ya rasulullah, aku ingin menceritakan kepada engkau suatu perkara... ketika pelayaran kami, berlaku ribut taufan, dan kami tidak mampu mengharunginya... kapal kami pecah dan kami hanya berpaut pada serpihan2 kayu yang terapung... dan entah bagaimana, kami dihanyutkan ke sebuah pulau yang kelihatan tidak berpenghuni... pulau ini penuh dengan tumbuh2han... lalu kami masuk ke dalam lagi untuk mencari penghuni untuk meminta pertolongan... lalu tiba2 kami terserempak dengan suatu kumpulan makhluk yang belum pernah kami lihat... makhluk itu berbulu lebat, sehinggakan kami tidak dapat melihat duburnya (menyatakan betapa lebatnya bulu makhluk berkenaan). lalu makhluk itu berkata, "mari ikut kami, ada seseorang di dalam sana yang sedang menanti ketibaan kamu..." lalu kami mengekori mereka, dan sehinggalah kami dibawakan kepada suatu lagi makhluk yang benar2 manggerunkan... badannya besar, tegap, matanya buta sebelah, tetapi badannya diikat dengan kemas, tangan dan kakinya diikat dengan kuat dengan besi yang cukup kukuh... lalu makhluk itu dia meminta kami menceritakan bagaimana kami boleh tiba di situ... kami pun menceritakan yang kapal kami dipukul ombak dan ribut yang kuat, lalu kami dihanyutkan sehingga ke pulau ini... lalu kami bertemu dengan makhluk yang berbulu lebat, dan mereka berkata kepada kami, ikutlah kami, di dalam sana ada seseorang yang menanti kamu... lalu kami dibawakan kepada kamu... lalu makhluk itu berkata, ceritakan pula kepadaku tentang rasul kamu... lalu kami menceritakan tentang kamu yang berasal dari keturunan.............. lalu makhluk itu berkata lagi, sekarang, ceritakan pula tentang tanah arab yang kering kontang... lalu kami menceritakan pula tanah arab yang sudah di tanam dengan pokok2 kurma yang merimbun... lalu makhluk itu pula berkata, sekarang biar aku pula yang menceritakan kepada kamu tentang apa yang aku tahu.... (saya mintak maaf banyak2, saya x ingat semua... tapi ada satu yang saya ingat) dengan nada kesal, makhluk itu berkata, "aku tidak dapat memasuki kota mekah dan madinah.... kerana kedua kota itu dipelihara oleh 2 malaikat yang cukup garang padaku... dan di setiap lorong2nya pula dijaga oleh malaikat2 yang berkuasa menghancurkanku..." ketika nabi mengucapkan ayat ini di dalam khutbahnya, baginda menghentakkan tongkatnya ke lantai 3 kali sambil berkata, "dengarlah, dajjal itu tidak akan dapat memasuki kota ini... kota mekah dan madinah terpelihara daripada dajjal..." lalu rasulullah menyambung cerita berkenaan sahabatnya tadi, "makhluk berwajah hodoh itu berkata kepada kami, pulanglah engkau kepada rasulullah, dan bersedialah engkau, kerana waktu untuk aku dibebaskan oleh Allah sudah semakin hampir... aku akan menyesatkan umat muhammad, dan aku akan menjadikan umatnya pengikutku... lalu kami terus pulang dan menceritakan kepada engkau tentang perkara ini ya rasulullah..." begitulah rasulullah menutup cerita berkenaan sahabatnya itu... lalu rasulullah berpesan kepada hadirin hadirat yang hadir pada hari itu, dengarlah, andai dajjal wujud dikalangan kamu ketika aku masih hidup, aku akan menjadi pelindung bagi kamu... tetapi andainya dajjal muncul setelah kewafatanku, hendaklah kamu menjadi pelindung kepada diri sendiri... ingatlah, dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan tuhanmu bersifat sempurna... dan dajjal itu tidak akan dapat masuk ke kota madinah dan mekah..." cerita kedua... (mintak maaf... cerita ini adalah berpandukan hadith... saya x hafal keseluruhan hadith ni, jadi saya akan ringkaskan apa yang saya ingat, dan saya x akan tambah ape2 dalam cerita ni... segala kekurangan harap dimaafkan) rasulullah pernah berjalan ke suatu kampung di pedalaman... bersamanya adalah saidina omar, dan beberapa orang lagi sahabat... ketika sampai di kampung berkenaan, rasulullah berhenti di hadapan sekumpulan kanak2 yang sedang bermain... umur kanak2 ini adalah sekitar 9-12 tahun.... lalu rasulullah memanggil seorang budak lelaki (saya x ingat nama dia), lalu rasulullah bertanyakan tentang beberapa perkara... (antara yang saya ingat), siapa tuhanmu... (saya x ingat jawapan budak ni, tetapi jawapannya membuatkan nabi terkejut dan marah...) lalu rasulullah bertanya pula "siapa aku?" lalu budak itu menjawab (saya terlupa budak ni jawab ape) dengan jawapan yang mengejutkan rasulullah... lalu rasulullah bertanya pula "siapa kamu?" lalu budak ini menjawab (saya terlupa budak ni jawab ape) dengan jawapan yang mengejutkan rasulullah sekali lagi... lalu saidina umar yang tidak tahan kemarahannya terhadap budak ini berkata, "ya rasulullah, aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa budak ini adalah dajjal!!" rasulullah hanya mendiamkan sahaja... kemudian kerana tidak dapat bersabar lagi, saidina umar berkata sambil mengeluarkan pedangnya, "biar aku pancung sahaja kepala budak ini ya rasulullah..." lalu rasulullah menghalang dengan mengatakan, "jika budak ini adalah dajjal, maka kamu tidak akan berupaya membunuhnya, dan jika budak ini bukan dajjal, maka kita tidak akan memperolehi sebarang kebaikan(faedah) dengan membunuhnya.... lalu rasulullah mengajak pengikutnya pulang... di dalam hadith lain pula... rasulullah ingin menyiasat tentang budak ini... lalu baginda pergi ke kebun yang selalu budak ini bermain... lalu rasulullah terlihat budak ini sedang berbaring di atas suatu hamparan... kepalanya memandang langit, dan mulutnya berkata2 dengan bahasa yang tidak di fahami rasulullah... rasulullah cuba mengamati kata2 budak itu... lalu... tiba2 ibu budak itu terlihat rasulullah... lalu berkata... "wahai anakku, rasulullah sedang memerhatikan engkau..." lalu rasulullah pulang dengan hampa... ketika menceritakan peristiwa ini kepada para sahabat, baginda berkata, "jika ibu budak berkenaan tidak menyedari kehadiranku, tentu aku sudah dapat mengenal siapakah budak ini..." begitulah dua dalil yang cukup kuat mengatakan tentang dajjal ini... yang mana satu betul, saya dan penulis buku ini sendiri tidak mengetahuinya... tetapi, sebagai seorang muslim, marilah kita bersedia dengan kehadiran dajjal ini... wassalam....

izudin85- 03-30-2006

Adakah hadith berkenaan adalah hadith sahih? bagaimana pula ttg pandangan Islam ttg yakjuk makjud?... Setahu saya, manusia terpedaya oleh dajjal krn kehebatan drp tangannya...serta kebolehannya mghidupkan smula org mati... dan terdapat tulisan 'dajjal' pada dahinya... apa pula pandangan ttg ini?

mortiis06- 03-30-2006

betul... sedikit pun x salah... dajjal ada tertulis 'dajjal' @ 'al-masih' di dahinya... tapi yang peliknya, masih ramai lagi nanti yg akan terpedaya dengan dajjal... masih ramai lagi yang akan mengakui bahawa dajjal itu adalah tuhan... dajjal juga berkuasa menghidupkan orang yang mati... pada zamannya nanti, dajjal memanggil seseorang menghadapnya... lalu dajjal membunuhnya... dan seketika kemudian dajjal manghidupkannya semula... dan dajjal bertanya kepada orang itu, adakah engkau beriman aku adalah tuhanmu? tetapi alhamdulillah, orang itu imannya kuat... lalu dia berkata, tuhanku adalah Allah dan aku telah bersedia dengan fitnahmu (tipudaya) ini... lalu orang ini di bunuh dajjal... sebenarnya yakjuk dan makjud adalah juga manusia seperti kita... ada 3 keturunan besar @ popular nabi Adam a.s, salah satunya adalah keturunan yang manghasilkan kaum yakjuk makjud ini... mereka adalah satu bangsa yang jahat, kejam, dan dikatakan sangat tidak disenangi oleh manusia yang lainnya... disebabkan itulah iskandar zulkarnain mengurung mereka di dalam gua pada waktu dahulu...

izudin85- 03-31-2006

jika diaplikasikan dgn fenomena semasa, aku yakin tulisan di dahi dajjal itu berupa tatu.. dan mungkinkah yakjuk makjud itu kaum yahudi? saya belum menonton Filem Alexander The Great.. tapi ia dikatakan kisah ttg Iskandar Zulkarnain... Btulkah dakwaan itu?

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.