 |
| Author |
Message |
kptm
Penyelaras

Joined: 02 Jan 2005
Posts: 7
Location: Malaysia
|
Posted:
Sun Jan 02, 2005 9:52 pm |
  |
Peraturan & Kod Etika Komuniti KPTM
Objektif peraturan dan kod etika Komuniti KPTM ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga ahli komuniti dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik. Sekiranya anda sudah mendaftar dan menjadi ahli Komuniti KPTM maka anda adalah secara dengan langsung tertakluk dengan segala peraturan dan kod etika Komuniti KPTM.
A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di bahagian Peraturan & Kod Etika Komuniti KPTM dan Ruangan Moderator sahaja. Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Topik yang kurang disenangi akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.
Topik baru hendaklah dibuka di dalam segmen forum yang bersesuaian. Sebagai contoh, topik berkaitan grafik tidak boleh diletak di dalam forum kerjaya. Topik berkaitan pelajaran tidak boleh diletak di dalam forum komputer dan seterusnya.
Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang. Jika ada mana2 topik yang membuat 'spam' atau topik berulang kali maka pihak 'Filter Crew' tidak teragak-agak untuk memadamkannya atau ban user tersebut tanpa notis. Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang. Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.
Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam Komuniti KPTM bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali.
B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum kecuali forum Pengendali Sahaja. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi smilies sahaja adalah ditegah dan didelete tanpa notis. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.
C. Etika dan Tatasusila
Setiap ahli Komuniti KPTM adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.
D. NickName User Komuniti KPTM
Anda boleh memilih memana nick yang sesuai dgn etika sbg orang Islam, Dan setiap individu hanya perlu ada 1 nick sahaja tidak boleh mendaftar banyak nickname serta tidak dibenarkan menukar nick setelah mendaftar menjadi ahli Komuniti KPTM, pihak admin akan membuang nick user yang tidak menepati etika dan akhlak yang baik tanpa notis.
E. Perlaksanaan Peraturan
Sekiranya mana-mana individu yang melanggar peraturan dan kod etika Komuniti KPTM akan diberi amaran. Mana-mana posting atau mesej yang tidak sesuai yang mana ada unsur negatif, provokasi, politik keterlaluan, lucah, subversif dan skim cepat kaya akan didelete, dikunci dan dipindahkan tanpa sebarang notis . Jika tiada maklumbalas positif maka kami akan memblacklistkan atau mendeactivatekan account anda dengan keputusan bicara panel admin. Semoga dengan kod etika ini mampu menjaga keharmonian kita bersama.
Pihak Pengurusan
Forum Komuniti KPTM. |
|
|
    |
 |
|
|
|
View next topic
View previous topic
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|